Search This Blog

Saturday, July 23, 2011

*****touching*****

asal ko nk touching sgt ni?????

"aik..... aku pn ade perasaan gak...."
selama ni ak mls nk ambk port je.......
tp bila ak tolong org tk penah nk hargai...mula la ak rasa tacing2..
bape ari ak besengkang mata tolong  per yg patut
tapi last2 ak gak yg  nk disalahkan....

ala ko yg lambat....
nak kata ak yg lambat dtg plak..
ala klu ko sbr sikit bende tu leh je melekat...tak yah la nk marah2...
bende tu pun ak beli pakai duit bkn pakai air liur je...

dah la ak tk suka sgt ngan sorng tu....
asyk tgk2 je apa yg ak wat....
ak buat keje asyk nk komen je.......
ko nk kata2 plak wat cntk2 pun kejab je bende nye.....
ala ko  dulu pun wat gak bende2 tu gak...
tak yah la nk kata membazir....


pastu nk msg2 ak......
 sal duit ker???
selama ni ak bekira sngt ker sal duit ni....
ak pun tk paham la........

kat muka buku nak kata menyampah call tk angkt2
hu klu nyampah tak yah call g...


ade la some one ni......
klu tk suka ak pun tak yah la nak tunjuk sgt...........
ko ingt ak tak perasan ker??
org lain leh plak ko tya kabar baik punye....siap kata lama tk jmp...
ak rasa pun ak dh lama gak kot lama tak  jmp someone ni....
hehe...bengang kat ak kot...sal something...


aduh.....mak ak pun nk tacing2 gak ni.....
layan kan je la mak....nk wat camner.......
anak2 mak gak kan.....


*p/s   bg ak masa untk ak cool down........
ak sendiri pun tak paham nape ak ngan hubby nak tacing sampai camni....

Thursday, April 14, 2011

habis sudah..............

assalamualaiku.....

korang 2 tgk tk citer trilogi cinta...........
citer tu dh hbs la kan skng..........best citer tu.....mmng layan..........setiap hari ahad,isnin,selasa msti ak tertunggu2........

Friday, April 8, 2011

RAJUK JIWA MENANTI PERMATA...........



hehe....sopan nye cara saya memberi salam arini kannnnnnnnnnnnn....anak sape la ni...

malam tadi konon nye nk kuar tp malas la plak...buka tv teringat la plak cerita SEMANIS KURMA...bersantai la dulu dpn tv.......ak klu cerita SEMANIS KURMA ni mmng selalu tgk la.Bkn ape citer ni kan leh tambah kan ilmu pengetahuan skt..n leh la amalkan doa yg ustazah siti norbahya tu bg....

SEMANIS KURMA  ni bersiaran di tv9 klu astro 119
HARI KHAMIS mlm JUMAAT
PUKUL 10 MLM........




PENGACARA SEMANIS KURMA...
DATUK SITI NOR BAHYA MAHAMOD
USTAZ WAN AKASHA



Malam td ak tgk citer ni sorang2 sal hubby tak lik g....mlm td tajuk nye"RAJUK JIWA MENANTI PERMATA"
Eh tajuk mlm ni cam kena je ngan life ak kannnnnnnnnnnn......

 2 org tetamu undangan dalam SEMANIS KURMA ni.....
PUAN SUZANA GHAZALI...
PERUNDING PSIKOLOGI KELUARGA

SHARIFAH SHAHORA...
ARTIS.....
Tgk citer ni bagus sebenarnye untuk menambahkan ilmu dalam berumahtangga ni....malam tadi ramai gak pemanggil yang call ustazah nangis2.cerita sal dorang tak dapat anak ni....ade yg call dh 4 thn kawin takde anak lg ade yg puan suzana tu citer 12 thn kawin takde anak bila dh ade bercerai plak...hidup kita ni semua tuhan dah rancang kannnnnn....

Ak ni pun dah kawin 5 thn lbh tp msh takde anak gak lagi.......mmng kadang2 sunyi +sedih+sepi+bosan n byk g la yg sewaktu ngan nye..........hehe..selalunye orang yg mengalami keadaan ni je yg tau camner rasa perasaan ktorg ni....sana sini org tya n cakap.setahun dua kawin dulu rs sakit hati je bila org tya...skng ni klu org tya wat2 tk dngr je.......mls nak layan org camni.....mengabiskn air liur je.........

cerita ni berlaku dlm awal taun lps.....cer citer cer citer....hehe...
ada mmbr ak suggest ambk ank angkat,ade biras dia nak bg anak sal suami dia nk cerai kan dia ktnye......
ak pun ok je la kan....bincang ngan hubby  n hubby kata ok...tk kisah klu nak....ak bincang ngan family ak diorg pun tk kisah........ak ckp ngan hubby kt bgtau la fmly syg nnti...hubby kata tk yah...ak ni klu leh tknak membelakangkan family dia.........satu hari ak lik keje ak singgah umah MIL n cerita la ngan dia sal nk ambk ank angkt...korng nak tau ak siap ckp jgn bgtau sape2 tau sal kite caye kat mak.benda ni pun cuma family kite je yg tau....ok2 la MIL ak tu.......

Tk sangka kan keluar je ak dari pintu umah tu dah bercerita ngan FIL,ADIK IPAR n BIRAS yg ade kt umah tu siap ckp ak ni punca  n keturunan ak la yg bla2.......cool g n leh la sabar lg...Esok ari nye ak call kakak yg nak bg baby kat ak tu...dia kt dh nak besalin,ak pun happy la...tup2 lps dia besalin dia bg sms kat ak kata tak jadi nk bg baby tu sal hubby dia nak rujuk blk.......hu bederau darah...........

1 month ago...kejadian ni berlaku kat klang umah mkck  hubby....ktorg bwk FIL&MIL...borak nye borak makcik dia kuar citer sal ak nk ambk ank angkt......trs ak pndg MIL (eh org tua ni tk nak lak pandang ak kan)takut la tu.....hu mmng panaz gila la time tu....ajak hubby lik dlm kate muncung je mulut ak ni leh la gantung hanger....heheh...

esoknye ak blk keje singgah umah MIL...ak bkn nye nk cari gaduh tp hati ak mmng tak tenteram bila jadi camni.......ak face to face ngan MIL ak...tya kenapa dia wat ak camni..bukan ke kite dh pesan jgn bgtau sape2 benda ni siap kita ckp kn kt percaya kat mak....korang nak tau tak MIL ak jwb per.....ialah kadng org tya ank ko ade bape n cucu ade bp mak ckp la yg lain ade anak yg sorang tu je takde anak smp skng...ak pun ckp la tk perlu kot citer camtu kannnnnn n dia jwb klu mak tak sakit ati org cakap camtu...ak ckp la mak tak rasa n tak alami mmng la leh ckp mcm tu...dia jwb benda sama gak...hu mls ak nk layan la...bla blk umah...packing baju...2@3 hr gak la ktorg tak lik umah ktorg.......

sedih sebenarnye...........sepatutnye sebg org tua kena la nasihatkan supaya bersabar........ni tak lagi jatuhkn kita,,,sabar je la......mintak2 n3 ni hubby tak baca la...takut la plak.......

Wednesday, April 6, 2011

punca yg tidak diketahui.......

ak saje la search apa punca cyst yg doktor kata ada dalam perut ak ni..........yg ak dapat ni....korang leh la baca untk pengetahuan...






Ketumbuhan Fibriod

Apakah Ketumbuhan Fibroid?
Ketumbuhan fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan paling luar ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa. Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala.
Walau bagaimanapun, ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung. Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid. Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid.
Darah haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini dinamakan “darah kotor”. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi 'kotor' sebelum ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang saya nyatakan tadi.
“darah kotor”. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi 'kotor' sebelum ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang saya nyatakan tadi.


Mengapa Tumbuh Fibroid?
Ramai orang tertanya-tanya mengapa seseorang wanita ditumbuhi fibroid pada lapisan dinding rahim. Sebenarnya, punca bagi penyakit ini tidaklah diketahui, dan mengapa ia tumbuh pada sesetengah orang sedangkan yang lainnya tidak. Ada satu kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang 25 peratus daripada wanita sebelum meninggal dunia akan menghidapi penyakit fibroid pada rahimnya tetapi tidak semua mengunjungi dan mendapat rawatan daripada doktor kerana kebanyakan fibroid ini tidak menimbulkan sebarang tanda atau menggangu kesihatan.
Ada yang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin atau lambat berkahwin dan juga yang berkahwin tetapi sukar untuk mengandung dan beranak. Saya juga sering menjumpai fibroid di kalangan wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan atau kemandulan. Di samping ketumbuhan fibroid, mereka juga menghidap penyakit endometriosis, iaitu sejenis penyakit di mana darah kotor melimpah ke belakang rahim menyebabkan berbagai-bagai masalah pada saluran peranakan, kilang telur dan persekitaran rahim.
Mana yang timbul dahulu, fibroid ataupun masalah ketidaksuburan tidaklah diketahui. Bagaimanapun, apa yang nyata masalah ketidaksuburan sering berkait rapat dengan ketumbuhan fibroid. Walaupun demikian, wanita yang pernah beranak juga tidak terlindung daripada penyakit fibroid. Seringkali kita lihat di kalangan wanita yang menjangkau ke umur tiga puluhan atau empat puluhan dan setelah anak mereka besar walaupun mereka telah melahirkan mungkin empat atau lima orang anak selepas itu, mereka mendapati sukar untuk beranak lagi dan beberapa tahun kemudian kemudian mereka mengalami berbagai-bagai masalah serta gangguan haid, dan apabila diperiksa didapati mereka mengalami ketumbuhan fibroid.


Fibroid Akibat Ketidakseimbangan Hormon
Ada orang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Perlu diberitahu di sini, bahawa wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen dan progesteron. Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan.
Sukar untuk kita ketahui, mengapa kandungan estrogen dan progesteron menjadi tidak seimbang kerana segala-galanya adalah dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kilang pituitari yang terletak di dalam otak. Fungsi kilang pituitari ini mudah dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan rohaniah seseorang. Jika ada gangguan pada tahap tersebut, maka rangkaian hormon yang mengawal pusingan dan mengawal paras estrogen dan progesteron boleh terganggu. Desakan dan tekanan hidup yang sering dialami oleh kebanyakan wanita yang bekerja juga akan mengganggu kawalan dan fungsi rangkaian hormon yang mengawal pusingan haid seseorang. Oleh itu, keadaan seperti ketidaksuburan dan penyakit ketumbuhan pada rahim serta endometriosis sering berlaku di kalangan wanita moden yang bekerja. Tidak ada bukti-bukti yang menunjukkan, bahawa ketumbuhan fibroid ini dipengaruhi oleh unsur-unsur lain seperti makanan, keracunan ataupun jangkitan kuman.




 Apakah Gejala-gejala Fibroid?
Fibroid mungkin tidak menimbulkan sebarang masalah. Ia hanya tumbuh secara senyap tanpa menimbulkan gejala atau tanda, dan tidak menimbulkan masalah kesihatan pada wanita. Oleh itu, seseorang wanita tidak boleh terus hidup dengan fibroid tanpa menyedarinya, khususnya jika wanita itu tidak pernah berjumpa doktor untuk mendapat pemeriksaan. Oleh kerana tidak semua fibroid menimbulkan masalah, jika ia kecil dan tidak menimbulkan sebarang tanda atau gejala, kadang-kala ia tidak memerlukan rawatan langsung. Perlu saya tekankan di sini, bahawa wanita  yang hampir putus haid dan mempunyai ketumbuhan fibroid yang kecil saiznya dan tidak menimbulkan apa-apa tanda, ia tidak perlu dibedah kerana biasanya fibroid yang kecil akan mencerut dengan sendiri ketika seseorang wanita itu putus haid. Seperti yang saya nyatakan di atas, ketumbuhan fibroid adalah dipengaruhi oleh estrogen.  Ketika seseorang wanita itu putus haid paras estrogen akan jatuh ke tahap yang  sangat rendah dan dengan sendirinya rahim akan menguncup dan ketumbuhan fibroid juga akan mencerut.


Gangguan Haid
Saya telah nyatakan di atas, bahawa tanda yang paling biasa bagi ketumbuhan fibroid ialah gangguan haid dan di antara gangguan-gangguan yang boleh menjejaskan kesihatan ialah pendarahan yang banyak dan berpanjangan. Keadaan ini boleh menyebabkan kehilangan darah yang begitu banyak dan menyebabkan seseorang wanita itu mengalami kekurangan darah (anemia). Keadaan ini boleh membahayakan kesihatannya.
Bagi wanita yang mengalami pendarahan yang banyak dan berketul-ketul pula, eloklah mereka diperiksa dan jika didapati menghidap penyakit fibroid, rawatannya ialah pembedahan. Walau bagaimanapun, gangguan haid jenis ini ialah sakit ketika haid (senggugut) dan juga haid yang tidak teratur dan hanya menitis sedikit-sedikit sahaja, dan tidak tentu waktunya. Setiap wanita, khususnya mereka yang berumur empat puluhan yang mengalami masalah gangguan haid, mestilah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dari doktor, khususnya doktor pakar sakit puan.

 Masalah Ketidaksuburan Atau Kemandulan
Fibroid boleh juga menimbulkan masalah ketidaksuburan atau kemandulan di kalangan wanita. Oleh itu, wanita yang lambat berkahwin ataupun setelah beberapa tahun kahwin dan tidak mendapat anak, perlulah mendapatkan pemeriksaan daripada doktor pakar untuk mengesan sama ada dia mengalami masalah ketumbuhan dalam rahim. Tidak semestinya semua wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid tidak boleh mengandung kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid dan masih boleh mengandung
Tetapi, di antara masalah-masalah yang boleh timbul akibat ketumbuhan fibroid terhadap kehamilan ialah ketumbuhan itu jika besar boleh menyebabkan keguguran ataupun kelahiran sebelum cukup bulan dan kadang-kala menimbulkan masalah kedudukan bayi yang tidak betul seperti songsang, melintang atau sebagainya.  Adakalanya ia menyekat kelahiran bayi kerana ketumbuhan itu terlalu besar dan tidak membolehkan kepala bayi turun ke rongga punggung. Wanita yang mengandung dengan fibroid kadangkala mengalami kesakitan kerana fibroid ini menjadi tegang dan tertekan. Di samping itu, ia mengalami proses perubahan yang dinamakan degenerasi. Inilah yang menyebabkan kesakitan bagi wanita yang mengandung dengan fibroid pada rahim.

 Fibroid Boleh Menekan Pundi-Pundi Air Kencing
Pundi-pundi air kencing terletak sebelah-menyebelah rahim, iaitu pundi-pundi air kencing terletak di hadapan rahim. Oleh itu, jika ada sesuatu ketumbuhan, maka pundi-pundi air kencing akan tertekan. Ketika seseorang wanita hamil, pundi-pundi air kencing juga tertekan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman.
Akibatnya seseorang wanita itu sering mengalami masalah kencing seperti kerap-kali hendak kencing, tidak boleh menahan kencing dan kadangkala  wanita juga tidak boleh mengawal perkencingan apabila dia batuk dan atau bersin disebabkan tekanan ketumbuhan fibroid ke atas pundi-pundi air kencing. Wanita dalam umur empat puluhan yang mengalami masalah perkencingan eloklah juga diperiksa peranakannya. Kemungkinan ini disebabkan oleh ketumbuhan fibroid.

Fibroid Dan Kekenduran Rahim (Prolaps)
Fibroid kadangkala menyebabkan prolaps atau kekenduran pada rahim. Bagi wanita yang telah putus haid dan mengalami kekenduran rahim selepas berulang-ulang melahirkan anak, khususnya mereka yang sukar untuk melahirkan anak, perlu dibantu dengan alat seperti forseps atau vakum. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk jika ada ketumbuhan fibroid. Dalam hal demikian, rawatan sewajarnya ialah pembedahan.


 Apakah Fibroid Perlu Dirawat?
Seperti yang saya nyatakan, tidak semua kes fibroid perlu dirawat jika ia tidak menimbulkan sebarang masalah atau gejala, dan jika ketumbuhan itu kecil sahaja. Bagi wanita yang menghampiri umur putus haid (biasanya 50 tahun), fibroid itu akan mencerut dengan sendirinya akibat daripada kehabisan hormon estrogen. Bagi mereka ini, pembedahan atau rawatan untuk fibroid tidak diperlukan.
Setakat ini tidak ada rawatan yang menggunakan ubat yang boleh mencerutkan ketumbuhan fibroid tetapi ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau daun-daun yang kemungkinan mempunyai kesan, khusus terhadap rahim yang boleh mencerutkan ketumbuhan fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mencerutkan ketumbuhan fibroid, saya percaya kemungkinan akan menjadi satu penemuan yang luar biasa.


Fibroid Dirawat Secara Pembedahan
Rawatan yang khusus bagi fibroid, khususnya yang besar serta menimbulkan masalah seperti gangguan haid, kekurangan darah (anemia), ketidaksuburan, menimbulkan gejala seperti gangguan perkencingan ataupun menyebabkan rahim turun ke bawah (prolaps) ialah pembedahan. Beberapa perkara penting perlu diambi kira sebelum seseorang doktor memilih tentang jenis dan kaedah pembedahan. Perkara yang penting ialah sama ada wanita itu mahu melahirkan anak lagi atau tidak, dan kedua, sama ada dia juga mengalami kekenduran rahim (prolaps) atau tidak.
Bagi wanita yang masih muda dan masih mahu melahirkan anak dan mereka yang mengalami masalah kesuburan, pembedahan biasanya dilakukan melalui perut di mana ketumbuhan fibroid sahaja yang perlu dibuang. Pembedahan ini dinamakan myomektomi. Myoma ialah nama bagi ketumbuhan fibroid. Oleh itu, pembedahan tersebut dinamakan myomektomi. Kadang-kala seesorang wanita itu boleh ditumbuhi beberapa fibroid. Saya pernah membuang lebih 20 ketulan myoma yang saiznya seperti guli kecil sehingga sebesar bola tennis.
Pembedahan untuk membuang ketumbuhan fibroid atau myomektomi, kadang-kala menimbulkan masalah jangka-panjang di mana fibroid mungkin tumbuh semula dan menimbulkan gejala kesihatan yang akhirnya mungkin memerlukan satu lagi pembedahan di mana rahim dan ketumbuhan tersebut perlu dibuang sekaligus.


 Pembedahan Untuk Membuang Rahim (Hysterektomi)
Pembedahan yang mutlak bagi wanita yang menghidap tumbuhan fibroid, khususnya mereka yang tidak bercadang untuk melahirkan anak lagi kerana mungkin mereka telah mempunyai bilangan anak yang cukup ataupun telah menjangkau umur lebih daripada 40 tahun dan ketumbuhan ini menimbulkan berbagai-bagai masalah kesihatan, ialah pembedahan hysterektomi. Pembedahan ini dianggap sebagai satu pembedahan besar dan biasanya seseorang itu perlu tinggal di hospital selama seminggu. Pembedahan ini memerlukan lebih kurang sebulan setengah untuk pulih kepada keadaan sediakala.

Ramai juga wanita yang tidak begitu gemar menjalani pembedahan hyisterektomi kerana ini akan menyebabkan dia kehilangan rahim, iaitu lambang kewanitaan mereka. Tanpa rahim, haid tidak lagi keluar. Sebenarnya, seseorang wanita yang menghidap penyakit dalam rahim dan tidak mahu melahirkan anak, dia tidak lagi perlu memikirkan, bahawa rahim tersebut sebagai lambang kewanitaannya dan untuk mengekalkan kejelitaannya. Rahim hanyalah berfungsi untuk menaungi dan melindungi janin dalam kandungan. Rahim bukan satu organ yang melambangkan kejelitaan wanita dan  ia juga tidak penting bagi menentukan hubunga seksual yang memuaskan. Sebenarnya haid bukan satu lambang kewanitaan, tetapi haid itu sebenarnya merupakan tanda bahawa seseorang itu tidak mengandung. Jika seseorang wanita itu mengandung maka haidnya akan berhenti.


Kejelitaan Dipengaruhi oleh Hormon
Kejelitaan dan fungsi seksual lebih dipengaruhi oleh hormon estrogen yang dikeluarkan oleh kilang ovari. Biasanya, dalam pembedahan hysterektomi, kedua-dua kilang ovari akan dikekalkan walaupun wanita itu telah melebihi umur 40 tahun kerana kilang  ini penting bagi mengekalkan kejelitaan, sifat-sifat kewanitaan dan juga melindungi kesihatan wanita tersebut. Hubungan seksual antara suami isteri selepas hysterektomi biasanya tidak akan terjejas, malahan akan menjadi lebih baik kerana tidak diancam dengan pendarahan yang tidak teratur serta berpanjangan. Wanita itu akan menghadapi hidup yang lebih selesa tanpa haid yang luar biasa mengganggunya, dan dia boleh menumpukan lebih masa untuk beramal ibadah tanpa ada sekatan untuk bersembahyang atau berpuasa kerana haid tidak akan datang lagi dan hubungan seksual boleh dilakukan pada bila-bila  masa. Keadaan kesihatan akan menjadi lebih baik kerana kehilangan darah tidak akan  berlaku lagi. Pada keseluruhannya, wanita itu akan menjadi lebih sihat dan sejahtera selepas pembedahan hysterektomi.
Ketumbuhan fibroid yang wujud bersama dengan prolaps atau kekenduran rahim, biasanya dirawat dengan pembedahan melalui saluran faraj. Ini bermakna tidak ada parut akan wujud di bahagian kulit perutnya, sebaliknya kesemua pembedahan akan dilakukan menerusi saluran faraj. Di samping itu, kekenduran pada saluran faraj dapat diperbaiki dengan memperkukuhkan otot-otot yang menyokong lantai punggung dan saluran peranakan. Kaedah pembedahan ini dinamakan vaginal hysterectomy dan repair. Wanita akan menjadi lebih selesa dalam hubungan seksual mereka selepas pembedahan ini kerana jika ada kelonggaran berlaku pada saluran faraj, kesemuanya akan dapat diatasi dengan pembedahan untuk membetulkan saluran. Di samping itu, otot-otot di sekeliling rahim akan menjadi lebih kukuh lagi.




bersiaran di mcD.....

assalamualaikum..........

puncak alam.......

haiiiiiiiiiiiii.....ak skng ni kat mcD lpk sorang2 je arini hubby lik lewat,duk umah sorang2 pun boring kannnnnn. Tp arini dari pagi ak dah kuar g service kete sampai pkl 3 lbh gak la...sal org ramai sgt kat bengkel tu...balik umah jab mandi2 kuar g tesco lak.....tp kecewa yg ku cari tkde upe nye kt tesco tu...


setia alam.......

kuikuikui...mst korang nk tau kan ak cari per.ala ak cari kaunter maxis sbnrnye nak byr bil phone ak n brdand ak...hehe..






ha seblm ak g tu ak ade la singgah satu kdai bundle ni...kadai bundle ni baby bundle nye......baju nye cantik2 sangat...boleh dikatakan selalu gak ak lalu tp lalu selalu ngan hubby tak kuasa la dia nak melayan singgah kedai tu.........tp disebabkn ak sorang td ak pun ape g singgah le...........budak yg kat kdai tu tya nak beli kan baju tuk adik ke kak...hehe...ak pun jawab le..tak la sje tgk2 nak belikan anak buah...tak smpt ak ckp buah trs bdk tu menyampuk...eh akak dh ade anak ke?akak dh kawin ke?cam tak kawin je g...muda je nmpk akak...(kembang vontot yg sedia kembang ni....) hehe........tp sebenarnye mmng selalu pun org jmp kata cam tak kawin g...lg2 klu ak ngan hubby org kata ktorg cam adik beradik...........


sama ke??????





Tuesday, April 5, 2011

kenapa kena ade perasaan niiiiii

n3 tak bleh bla kannnnnnnnn............
now perasaan ak ngah sedih dan benci pada seseorang................kenapa dalam diri ak kena ade perasaan yg macm ni...ak tak suka bila perasaan ni wujud...mula la ak nak nangis je....ak pun tak tau camner nak jauh kn perasaan camni dlm diri ak....


hu dahsyat kan smp kuar air mata darah....




kadang2 perasaan ni wujud klu ak jumpa ngan sorng pompuan ni.......sangat2 hipokrit.....
bg ak pempuan ni terlampau bermuka2 smp MIL&FIL ak ni syg gila kat dia....walaupun dia wat slh camner dia la juga yg akn dpt pujian....sampai bila la nk sbr ngok pompuan ni.............meluat...buat keje sikit 1kmpung kecoh dia tlng wat keje..........

teringat akan DURIAN...........

ak ni boleh dikategori dalam mahluk yg hantu dgn duriannnn............
mlm td ak buka durian yg adik ipar ak bg.........tgk isi kuning best...rasa2 kurng umph la plak......
sambil makan mulut membebel  sal durian tu............(ish dpn rezeki tk baik)

sebenarnya camni citernye....2 mnggu lps ak lik umah MIL ak....ak nmpk la satu pokok durian yg lebat buahnye........dengn rakusnye ak mengira....30+biji ade..huhu semgt la ak ni leh makan durian nnti........boleh dikatakan seminggu 3/4 kali gak ak srh hubby ak call mak dia tya durian ade jth tak...ari ahad tu ak lik umah MIL,cam bau durian je...tapi org tak pelawa je...hu sedih2...ak srh hubby ak tya..mak dia kata byk gak dh jatuh...(tp takde pun dia nk bg ak....)last2 adik ipar ak bg 1 biji....sedih nye la kannnn klu ade org layan kita camtu........


Monday, April 4, 2011

lepaking.........

bosan gak sebenarnye dh duk umah...........nak keje balik la!!!!!!!!!!!minggu ni nak cari keje la........ade sape2 setuju tak...klu setuju angkat tangan mcm saya....





Dialog Usop Wilca dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah…”awak esok.. kalao kawen.. awak nak buat pelamin seme pink!! , pastu kalo awak dah ada anok esok.. awok nak buat press conference macam si Erra pazira buat tu..! bior seme pink! “!! beriye dia citer.. awie kt sebelah geli geleman mendengor nya..! hehehe!!
awak=saya dalam bahasa perak

bestkan usop wilcha ni....nak layan hantu kak limah la sat g............

TRILOGI CINTA N ABPBH............

hari yg letih sehingga perut ku berdenyut2 kembali......camni la ak...klu letih,mula sakit nye datang....g bwk MIL&FIL g kenduri tp dh bwk g dh meraban2 ke tempat lain plak........aduh sakit.......nak lik cepat........
akhirnye smp umah mlm gak...lupa la plak mlm ade ABP.yg ak ingt TRILOGI CINTA ak je...hehe...
hu beralih2 la siaran gamaknye ye........yg pasti TRILOGI CINTA AK BEST..........ha yg best nye usop hantu k.limah ni je best




Dato Siti Nurhaliza Pun Dihantui Fenomena Angkat Tangan! Hehehe!


yang jejaka malaya sorang ni dapat anugerah bintang paling popular.....
good2....




Trilogi Cinta TV1





Friday, April 1, 2011

jerawat...........

hu sakitnye hidung ak ni........
aik nape plak hidung ak jd camni......................hehe ni bkn hdng ak la.....hidung ak comei g tp tak la mancung....
ak cek2 rupa nye ada jerawat yg tumbuh kt dlm hidung...peh tk penah2 jerawat tmbh dlm hidung ni
 
takde la sampai camni jerawat ak tu


ha korang nak tau tak punca jerawat tumbuh............


  • Peningkatan penghasilan hormon lelaki (androgen). Aras hormon ini meningkat pada kedua-dua lelaki dan perempuan semasa baligh.
  • Turun -temurun
  • Stres
  • Alam sekeliling - bekerja di tempat yang berminyak
  • Ubat-ubat tertentu, contohnya kortikosteroid
  • Makanan- Untuk sesetengah orang, diet yang tinggi dalam karbohidrat tertapis dan gula sebenarnya boleh memburukkan jerawat mereka.
ha yg ni plak cara nk mengawal jerawat......
  • Basuh muka and dengan sabun jenis mudah sekurang-kuranya dua kali sehari iaitu pada awal pagi dan sebelum tidur.
  • Jangan memicit, menyubit atau mencakar jerawat pada kulit anda.
  • Basuh rambut anda lebih kerap.
  • Gunakan krim anti jerawat yang menghalang liang dari tersumbat.
  • Jika anda menggunakan kosmetik, gunakan yang berasaskan air dan bukannya yang berasaskan minyak.
  • Jika jerawat terdapat pada bahagian belakang badan atau dada, gunakan pakaian yang ringan dan tidak ketat.
  • Bersenam selalu.
  • Elakkkan stres sebaik yang mungkin.
  • Amalkan pemakanan yang seimbang dengan meningkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Elakkan penggunaan minyak rambut.
  • Basuh tangan anda dengan kerap dan elak menyentuh muka tanpa sebab.
  • Runding dengan seorang doktor jika jerawat tidak menghilang. Jika anda diprekskripsi dengan sebarang ubat, ikut arahan doktor atau pegawai farmasi anda dengan ketat

Thursday, March 31, 2011

++++tanpa kamu++++

dlm pkl 12 tghri tu ak ngah gayut ngan hubby ak,tut...tut...bunyi tetiba call masuk,ak ckp ngan hubby k la...ad call msk la.ak ngok2 mak ak call.......trs ak accept...
perbualan anak-beranak:


me:hello...
mak:katner ni?
me:umah....
mak:adik tya klu nak g umah uda lalu mana?(uda tu abg ak le....)
me:klia je la....
mak:adik tya nk ikt ker?
me:leh gak.............tp mak lik bila?
mak:mak nk tidur sana...sok lik la..........
me:hua.....tetiba fikiran berfelaru....(nak g ke tak)dlm ati nk g sal dh lama gak ak ni tk bejaln umah abg ak ni...klu tkde raya agaknye tk smp....hehe..(kejam pnya adik)
mak nnti enda klu blk la....


call hubby jab........

me:yang nk ikut mak leh?
hubby:g mana?
me:oooooooo lik bila?
huuby:sok...sukati...
me:klu yang lik awal ambk b leh?
hubby:k.......

(ku pergi tanpa kiss++++kamu...)rindu looooooooooooo

pkl 3 lbh smp umah uda.....(ni la abg ak uda...)
yg bdk tecik sorang tu anak dia(adam...)
dak ni comel sgt.....ak suka kiss dia....smp dia mrh tknk kwn ak...hehe


+++dijamu dgn durian+++

i like durian....nyum2...

hu...klu dpt durian yg baru jatuh lg best kannnn

breakfast pun mkn durian.....wow...dapnye....

tk tau nk wat per kt umah abg ak....layan novel anak buah ak...(aku mahu popular)
novel ni dia baru beli siap ade sign penulis novel ni g....(penulis novel ni dtg sek ank buah ak )
layan gak la cite nye

ala citer ni sal dak2 sekolah la............
teringat la zaman2 sekolah ak........
nnti ak citer sal zaman sek ak ye....................tunggu...
time ktorg lik tk tnggu dak ni lik sekolah....................ktorg dh smp bkt jelutung dak ni call....
ala2 sian dak ni...lain kali ktorg dtg g ye...................
bye2..........

Tuesday, March 29, 2011

+++++rindu+++++++++++

dari ari sabtu smp ari selasa baru lik umah......ridu kat katil ak.........balik2 umah demam la plak....aduh tak larat nye nak bangun kemas umah........nnti2 la ye kemas umah bg sihat dulu bdn..
tak larat la nak baring.......bye...bye...

sakit...........

pewit!!!!!!!!!!
nk citer sal arini sakit tekak yg amat sangat smp berdenyut2 kepala ak ni.....fikirkan sejenak(termenug jab)eh mengelamun plak minah ni.....apa punca2 sakit tekak i ye.....maybe sal tak byk mium air kot...........sejak2menjak i ak kurng sgt miim air msk.kena start minum byk2 ni...........nnti melarat ssh plak...dh la ak ni org yg tk suka g jmp doc.dh sakit sgt baru g.ade sape2 yg dpt membatu tk???????????


bayangkan klu 1 hari minum byk camni.............
hu mau kembong perut...tp bgs gak kan leh turunkan brt bdn sekali.........hehe tuan blog ni kan demox tp tomei kannnnn
ish pasan la plak minah ni....tkpe la janji hubby i syg i k la tu kn...........
cayok2!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, March 28, 2011

terkezut.....

ktorg ngah lpk2 lps swimming....lyn melodi..................
tetiba hubby dpt call dr member ...
member:ko tau tak?
hubby:naper?
member:shahril excident...(meninggal)
hubby:b pat2 siap jom balik.........
cepat2 ktorg siap n check out.....................................................
nmpk lak gerai...tp jalan...
me:yang benti jab la....
hubby:nk beli per?
me:ngok la ap yg ade.........
yang ade laksa la.jom la lpk mkn sat..........




 hu... jem nye jln kt tg karang.............


al-fatihah.......
g kubur kat prt 4 sekinchan.....